Wednesday, August 4, 2010

PRSS Menyambut Ulang tahun yang ke-25

Pada hari Jumaat ini, sekolah akan menyambut ulang tahunnya yang ke-25. Saya ingin kamu memberikan ucapan kepada sekolah kamu. Ingat sebelum menuliskan ucapan, tuliskan nama kamu dahulu ya !

Tuesday, July 13, 2010

Projek Mini : Khas Buat Ibu

Kamu akan mencatatkan penghargaan kamu kepada ibu kamu melalui projek mini ini. Kamu akan bertugas dengan seorang rakan ( berpasangan ). Kamu akan menggunakan komen / renungan yang telah kamu masukkan ke dalam blog ini sebagai sebahagian daripada bahan untuk melengkapkan projek ini. Sila lihat video ini sebagai contoh :





Tugas Kamu :

Hari Pertama
1. Karang sebuah cerita ringkas ( 100 patah perkataan ) tetapi menarik
tentang jasa seorang ibu. Gunakan MS Word.
2. Namakan fail kamu itu sebagai : nama kamu_tarikh
3. Hantarkan ke folder saya ( Projects Area - Filza- Tugasan - 1NT )
4. Saya akan semak karangan pendek kamu. Setelah menyemak saya akan pulangkan karangan kamu melalui tempat yang sama ( Projects Area ).

Hari Kedua
5. Sila ambil karangan yang telah disemak daripada Projects Area saya. Sila teliti kesilapan yang telah kamu lakukan. Perbaiki jika perlu.
6. Kamu dikehendaki membaca karangan tersebut ( sambil direkodkan ). Kamu boleh berlatih seberapa banyak kali yang kamu mahu.
7. Sementara itu, kamu harus mencari gambar-gambar yang sesuai untuk dijadikan bahan 'video' kamu. Pastikan kamu mengambil gambar yang sesuai dari lelaman yang sahih. Lebih baik jika kamu ada gambar peribadi. Simpankan gambar-gambar pilihan dalam satu 'folder' yang dinamakan 'Gambar Saya'.

Hari Ketiga
8. Setelah siap bahan-bahan yang diperlukan ( gambar dengan karangan ), bolehlah kamu memulakan rakaman kamu itu.
9. Untuk mulakan rakaman - Sila lihat "Cara-cara menggunakan Photo Story 3" yang dipautkan dalam blog ini.

Terima Kasih
Ta ta tu tu ti ti
Cikgu Filza

Surat Seorang Ibu

Sila saksikan video yang disisipkan di bawah.


Setelah kamu menyaksikan klip video pendek tentang Surat Seorang Ibu, sila catatkan apakah yang terlintas di dalam minda kamu. Gunakan soalan-soalan di bawah ini untuk membantu :

1. Apakah perasaan kamu setelah menyaksikan klip video pendek itu ?
Mengapa ? Pada pendapat kamu apakah yang berlaku kepada ibu tersebut di akhir cerita?

2. Sebagai seorang anak, apakah yang boleh kamu lakukan bagi mengenang jasa ibumu dan membahagiakan beliau ?

3. Apakah yang akan kamu lakukan ( dalam seminggu dua ini ) untuk menunjukkan ibu kamu betapa kamu menghargai jasanya. Tuliskan pandangan kamu secara jujur dan ikhlas. Cikgu